Monday 26 December 2011

Aktiviti Perbincangan

  1. Jelaskan pengertian Najis pada bahasa dan istilah.
  2. Nyatakan bahagian-bahagian Najis dan pengertiannya serta cara-cara menyucikan Najis mengikut hukum syarak.
  3. Apakah hikmah menyucikan najis?

 P/S: Kepada semua pembaca blog, pelajar-pelajar, anak-anak didik, rakan-rakan yang dikasihi, diharap sedikit informasi ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang membina kepada kita semua dan secara tidak langsung kita dapat berkongsi ilmu berkaitan dengan najis. Anda semua dialu-alukan memberi sebarang comment yang membina atau pendapat anda yang berkaitan dengan Najis.

Semoga kita semua dapat kebaikan daripada blog ini. Segala kekurangan dalam blog ini saya memohon seribu kemaafan dan saya berharap tujuan saya membuat blog ini dapat menghasilkan nilai-nilai pembelajaran kepada semua pembaca mengikut ajaran Islam.

Ribuan Terima Kasih kepada semua pembaca.
"Ikhlas" -Mauilidah Yusoff-

Cara-Cara menyucikan Najis

1.Najis Mukhaffafah
  • Hendaklah dihilangkan najisnya terlebih dahulu 
  • Rejis dengan air mutlak pada seluruh tempat yang terkena najis
  • Jika tiada najisnya memadailah direnjis dengan air mutlak diseluruh tempat yang terkena najis. 
2.Najis Mutawasita
  • Hendaklah terlebih dahulu dihilangkan ain najis.
  • Basuh dengan air mutlak sekali, tetapi afdalnya dibasuh hingga 3 kali.
  • Jika tiada ain najis, memadailah dibasuh  1 kali dengan air mutlak.
  • Pastikan tiada lagi rasa, bau, warna pada tempat yang terkena najis. 
3.Najis Mughallazah
  • Hendaklah terlebih dahulu dihilangkan ain (benda) najis.
  • Dibasuh bekas yang terkena najis dengan air mutlak 7 kali, sekali daripadanya air mutlak bercampur tanah. Air yang digunakan hendaklah dialirkan pada tempat yang terkena najis.
  • Jika tiada ainnya memadainya dibasuh 7 kali sebagaimana yang tersebut.
  • Cara membersihkan najis mughallazah ialah menyertu. 

"Permata ilmu untuk renungan:"


Air mawar mari direnjis,
Direnjis oleh Dang Anum,
Kita wajib jauhi Najis,
Haram dibuat makan dan minum.


Daun sirih bertemu urat,
Disusun tinggi berlapis-lapis,
Badan,pakaian dan tempat solat,
Wajib bersih tiada Najis.


Daun pandan mari hiris,
Daun sirih usah dibelah,
Suci bersih tiada Najis,
Solat sah Diterima Allah.


Pautan ke.....


Cara-cara Menyucikan Najis



Najis-Najis menjadi Suci

  1. Arak yang telah berubah menjadi cuka dengan sendiri tanpa mencampur dengan sesuatu bahan lain yang boleh mengubah arak tersebut.
  2. Kulit bangkai yang telah disamak iaitu:
  • Kulit binatang yang halal dimakan tetapi tanpa disembelih, contohnya haiwan mati dilanggar.
  • Kulit bangkai binatang yang tidak halal dimakan selain anjing dan khinzir atau berasal dari salah satu daripadanya atau kedua-duanya sekali.

Monday 19 December 2011

Isi Kandungan

BAHAGIAN DAN JENIS NAJIS

Pengertian Najis

Pengertian Najis dari segi bahasa - Najis ialah sesatu yang kotor dan menjijikan.
Pengertian Najis pada syarak - Sesuatu kotoran yang tidak sah ibadat seperti solat dengan sebab                    adanya  pada badan, pakaian atau tempat solat.

FIRMAN ALLAH SWT
Surah Al-Bakarah (Ayat 222) yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah taala mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang ynag sentiasa mensucikan diri.

HADIS NABI MUHAMMAD SAW
Dari Ibnu Umar Radiallahu Anhu, telah berkata Rasullah SAW tidak diterima solat dengan tidak bersuci dan tidak diterima sedekah daripada khianat. - (Rawahul Tarmizi) -

HIKMAH MENYUCIKAN NAJIS
  1. Supaya amal ibadat diterima Allah
  2. Dapat menjauhi penyakit yang dibawan oleh Najis
  3. Dapat menzahirkan syiar Islam dari sudut kebersihan
BAHAGIAN -BAHAGIAN NAJIS
  1. Najis Mugallazah (Najis Berat)
  2. Najis Mutawasitah (Najis Pertengahan)
  3. Najis Muhaffafah (Najis Ringan)
PENGERTIAN NAJIS MUGALLAZAH.










Najis ini bermaksud najis yang dihukumkan berat tahap kekotorannya pada syarak.
Najis ini ialah najis anjing, khinzir dan kotoran kedua-duanya atau salah satu daripadanya serta air liur, peluh, darah, lemak dan lain-lain yang ada kaitan dengan tubuhnya.

PENGERTIAN NAJIS MUTAWASITAH.









Najis ini bermaksud najis yang dihukumkan sederhana tahap kekotorannya pada syarak. Contohnya darah, nanah, muntah, bangkai dan lain-lain.

NAJIS MUHAFFAFAH












Najis ini bermaksud najis yang dihukumkan ringan tahap kekotorannya pada syarak iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum memakan sesuatu makanan selain daripada susu ibu dan umurnya belum mencapai 2 tahun.

JENIS-JENIS NAJIS.
  1. Najis Aini
  2. Najis Hukmi
Pengertian Najis Aini - Najis yang ada ain nya (najis nampak) seperti warna, bau dan rasa. Contohnya air kencing, arak , khinzir, najis kucing, najis lembu dan lain-lain.
















Pengertian Najis Hukmi - najis yang tidak dapat dilihat ain nya tetapi dihukumkan najis. Contohya bekas tempat yang terkena air kencing yang telah kering.













NAJIS-NAJIS YANG DIMAAFKAN

1) Bangkai haiwan yang tidak mengalir darahnya apabila dibelah ketika hidup seperti semut, lalat, kalkatu, kumbang, rama-rama, nyamuk, lipas dan sebagainya.










2) Sedikit darah, nanah, muntah dan sebagainya.










3) Najis  yang tidak kelihatan pada mata kasar seperti najis yang terdapat pada kaki lalat, nyamuk dan sebagainya.                                                                                                                                                









Pautan ke penhertian najis & bahagian najis : http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/najis.htm



                                                         

Objektif Pembelajaran

  1. Pelajar dapat mempelajari dan memahami pengertian Najis.
  2. Pelajar dapat mengetahui dan membezakan bahagian-bahagian Najis
  3. Pelajar boleh mengaplikasikan cara-cara menyucikan Najis dengan betul.
  4. Membentuk peribadi pelajar menjaga kebersihan sebagaimana yang dituntut dalam Islam.
  5. Pelajar dapat mengenal benda-benda yang najis yang bukan najis.

Saturday 10 December 2011

Tujuan

Tujuan utama blog ini dihasilkan supaya anak-anak didik dapat mengenal  jenis-jenis benda-benda najis bahagian -bahagian najis dan juga dapat membezakan sesuatu yang najis dan yang bukan najis.

Saturday 3 December 2011