Monday 19 December 2011

Isi Kandungan

BAHAGIAN DAN JENIS NAJIS

Pengertian Najis

Pengertian Najis dari segi bahasa - Najis ialah sesatu yang kotor dan menjijikan.
Pengertian Najis pada syarak - Sesuatu kotoran yang tidak sah ibadat seperti solat dengan sebab                    adanya  pada badan, pakaian atau tempat solat.

FIRMAN ALLAH SWT
Surah Al-Bakarah (Ayat 222) yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah taala mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang ynag sentiasa mensucikan diri.

HADIS NABI MUHAMMAD SAW
Dari Ibnu Umar Radiallahu Anhu, telah berkata Rasullah SAW tidak diterima solat dengan tidak bersuci dan tidak diterima sedekah daripada khianat. - (Rawahul Tarmizi) -

HIKMAH MENYUCIKAN NAJIS
  1. Supaya amal ibadat diterima Allah
  2. Dapat menjauhi penyakit yang dibawan oleh Najis
  3. Dapat menzahirkan syiar Islam dari sudut kebersihan
BAHAGIAN -BAHAGIAN NAJIS
  1. Najis Mugallazah (Najis Berat)
  2. Najis Mutawasitah (Najis Pertengahan)
  3. Najis Muhaffafah (Najis Ringan)
PENGERTIAN NAJIS MUGALLAZAH.










Najis ini bermaksud najis yang dihukumkan berat tahap kekotorannya pada syarak.
Najis ini ialah najis anjing, khinzir dan kotoran kedua-duanya atau salah satu daripadanya serta air liur, peluh, darah, lemak dan lain-lain yang ada kaitan dengan tubuhnya.

PENGERTIAN NAJIS MUTAWASITAH.









Najis ini bermaksud najis yang dihukumkan sederhana tahap kekotorannya pada syarak. Contohnya darah, nanah, muntah, bangkai dan lain-lain.

NAJIS MUHAFFAFAH












Najis ini bermaksud najis yang dihukumkan ringan tahap kekotorannya pada syarak iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum memakan sesuatu makanan selain daripada susu ibu dan umurnya belum mencapai 2 tahun.

JENIS-JENIS NAJIS.
  1. Najis Aini
  2. Najis Hukmi
Pengertian Najis Aini - Najis yang ada ain nya (najis nampak) seperti warna, bau dan rasa. Contohnya air kencing, arak , khinzir, najis kucing, najis lembu dan lain-lain.
















Pengertian Najis Hukmi - najis yang tidak dapat dilihat ain nya tetapi dihukumkan najis. Contohya bekas tempat yang terkena air kencing yang telah kering.













NAJIS-NAJIS YANG DIMAAFKAN

1) Bangkai haiwan yang tidak mengalir darahnya apabila dibelah ketika hidup seperti semut, lalat, kalkatu, kumbang, rama-rama, nyamuk, lipas dan sebagainya.










2) Sedikit darah, nanah, muntah dan sebagainya.










3) Najis  yang tidak kelihatan pada mata kasar seperti najis yang terdapat pada kaki lalat, nyamuk dan sebagainya.                                                                                                                                                









Pautan ke penhertian najis & bahagian najis : http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/najis.htm



                                                         

5 comments:

  1. saya dapat mengenal bahagian2 najis dalam blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, terima kasih diatas komen anda ,semoga dengan paparan di blog ustazah ni awak lebih faham atau tahu tentang najis dengan mendalam lagi .

      Delete
  2. Melalui blog ini, saya dapat mengenalpasti jenis-jenis najis yang saya tidak pernahbelajar di sekolah dahulu. Seperti contoh jenis najis aini dan hukmi, sesuatu yang belum pernah say aketahui sebelum ini. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam , terima kasih atas komen anda,semoga anda dapat manfaat bersama dan dapat berkongsi ilmu pengetahuan dengan pembaca - pembaca yang lain.

      Delete
  3. salam.air mazi yang telah kering tapi masih nampak tompoknya pada seluar dikira najis aini atau hukmi?

    ReplyDelete