Saturday, 25 February 2012

Aktiviti Perbincangan 2

Assalamualaikum murid-murid.....

Sila jawab perbincangan yang ustazah paparkan dalam blog ini.

1) Ali terpijak najis anjing. Bagaimana Ali mahu menyucikannya?

2) Fatimah solat, apabila selesai solat didapati ad taji cicak kering pada telekungnya.
    Apakah hukum solat Fatimah? Sah atau Tidak dan jelaskan?

3) Air kencing bayi lelaki yang berusia 2 tahun dan masih belum makan dan minum sesuatu selain menyusu ibunya. Adakah air kencing itu najis atau tidak? Jelaskan dan bagaimana cara untuk menyucikannya.
   

Saturday, 18 February 2012

NAJIS-NAJIS MENJADI SUCI

   1.    Arak yang telah berubah menjadi cuka dengan sendirinya tanpa dicampur dengan sesuatu bahan lain yang boleh mengubah arak tersebut.

   2.   Kulit bangkai binatang yang telah disamak iaitu
  • Kulit binatag yang halal dimakan tetapi mati tanpa disembelih contoh haiwan yang mati dilanggar.
  • Kulit bangkai binatang yang tidak halal dimakan selain anjing dan khinzir atau yang berasal dari salah satu daripadanya, atau kedua-duanya sekali.             

LANGKAH-LANGKAH MENJAUHI NAJIS

1. Memakai alas kaki.
2.Sentiasa membersihkan badan ,pakaian dan kawasan tempat kediaman.
3.Sentiasa menjaga kebersihan tandas dan bilik air.
4.Menjauhi daripada memakan makanan yang bercampur bahan-bahan yang najis pada syarak, sepertiGalatin daripada lemak khinzir dan binatang yang halal tetapi tidak disembelih.
5.Berhati-hati ketika membeli barang- barang keperluan seperti pakaian atau peralatan yang diperbuat daripada bahan - bahan yang diragui kesuciannya , seperti berus gigi berus lukisan , kasut kulit dan lain-lain.
6.Menghindari daripada menggunakan atau minuman sesuatu yang bercampur dengan alkohol ,seperti air berkarbonat yang bercampur alkohol.
7.Menggunakan barang-barang yang disahkan halal oleh badan-badan yang diakui seperti JAKIM.


.

Monday, 6 February 2012

Soalan objektif

1.Ada berapa bahagian najis?
      a. 3 bahagian
      b. 4 bahagian
      c . 2 bahagian
2.apakah yang dinamakan najis muhaffafah?
      a. najis berat
      b. najis ringan
      c. najis sederhana
3. Arak ,darah, nanah termasuk dalam najis..........
       a .Mugallazah
       b .muhaffafah
       c . Mutawasittah
4. Jenis-jenis najis ialah....
      a .najis aini dan najis hukumi
      b .najis muhaffah ,najis aini
      c .najis mugallazah dan najis muhaffafah
5. Najis ialah sesuatu yang kotor dan...............................
      a . menyeronokkan
      b . menjijikkan
      c . menyenangkan

Monday, 26 December 2011

Aktiviti Perbincangan

  1. Jelaskan pengertian Najis pada bahasa dan istilah.
  2. Nyatakan bahagian-bahagian Najis dan pengertiannya serta cara-cara menyucikan Najis mengikut hukum syarak.
  3. Apakah hikmah menyucikan najis?

 P/S: Kepada semua pembaca blog, pelajar-pelajar, anak-anak didik, rakan-rakan yang dikasihi, diharap sedikit informasi ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang membina kepada kita semua dan secara tidak langsung kita dapat berkongsi ilmu berkaitan dengan najis. Anda semua dialu-alukan memberi sebarang comment yang membina atau pendapat anda yang berkaitan dengan Najis.

Semoga kita semua dapat kebaikan daripada blog ini. Segala kekurangan dalam blog ini saya memohon seribu kemaafan dan saya berharap tujuan saya membuat blog ini dapat menghasilkan nilai-nilai pembelajaran kepada semua pembaca mengikut ajaran Islam.

Ribuan Terima Kasih kepada semua pembaca.
"Ikhlas" -Mauilidah Yusoff-