Monday 26 December 2011

Cara-Cara menyucikan Najis

1.Najis Mukhaffafah
  • Hendaklah dihilangkan najisnya terlebih dahulu 
  • Rejis dengan air mutlak pada seluruh tempat yang terkena najis
  • Jika tiada najisnya memadailah direnjis dengan air mutlak diseluruh tempat yang terkena najis. 
2.Najis Mutawasita
  • Hendaklah terlebih dahulu dihilangkan ain najis.
  • Basuh dengan air mutlak sekali, tetapi afdalnya dibasuh hingga 3 kali.
  • Jika tiada ain najis, memadailah dibasuh  1 kali dengan air mutlak.
  • Pastikan tiada lagi rasa, bau, warna pada tempat yang terkena najis. 
3.Najis Mughallazah
  • Hendaklah terlebih dahulu dihilangkan ain (benda) najis.
  • Dibasuh bekas yang terkena najis dengan air mutlak 7 kali, sekali daripadanya air mutlak bercampur tanah. Air yang digunakan hendaklah dialirkan pada tempat yang terkena najis.
  • Jika tiada ainnya memadainya dibasuh 7 kali sebagaimana yang tersebut.
  • Cara membersihkan najis mughallazah ialah menyertu. 

"Permata ilmu untuk renungan:"


Air mawar mari direnjis,
Direnjis oleh Dang Anum,
Kita wajib jauhi Najis,
Haram dibuat makan dan minum.


Daun sirih bertemu urat,
Disusun tinggi berlapis-lapis,
Badan,pakaian dan tempat solat,
Wajib bersih tiada Najis.


Daun pandan mari hiris,
Daun sirih usah dibelah,
Suci bersih tiada Najis,
Solat sah Diterima Allah.


Pautan ke.....


Cara-cara Menyucikan Najis



15 comments:

  1. Salam....
    Tahniah dr saya atas penghasilan blog yang penuh dgn pengisian ini.....terima lah pantun dr saya.......

    Indahnya pantun dititipkan
    Buat renungan semua rakan
    Segala ilmu jadikan amalan
    Agar hidup diberkati TUHAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukran jazilan ,ya tilmizatu, terima kasih diatas komen yang membina.

      Delete
  2. terbaik la kak lid..sgt mantop huraian psl najis ni..everything is ok? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas komen anda ,renung-renungkan selamat beramal.

      Delete
  3. Assalamualaikum ustazah, blog yang baik dan berkesan inshaAllah untuk bagi penerangan tentang najis...cadangan saya, bagi bab penyucian dari najis, lagi menarik jika ustazah dapat sediakan video cara-cara cuci dalam bentuk demo..huhu inshaAllah anak-anak murid akan lebih jelas bagaimana tatacara terutama bagi najis berat dan penyamakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas komen yang membina,insyallah saya akan cuba dapatkan video tentang cara-cara menyucikan najis untuk tatapan pembaca blog saya.

      Delete
  4. terima kasih di atas komen anda, insyaallah satu hari nanti saya akan menghasikan blong yang lebih mantap lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik la ustazah..

      Jauh-jauh kapal belayar,
      Jauh belayar ke negeri China,
      Terima kasih ustazah di atas tunjuk ajar,
      INSYAALLAH akan kami mengamalkannye....

      Delete
  5. penjelasan yang sangat jelas.. sekarang saya lebih faham cara2 untuk menyucikan najis2 berikut. terima kasih ustazah atas ilmu yang berguna ini. insyaALLAH ilmu ini akan saya manfaatkan sebaiknya.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih diatas komen anda,renung-renungkan selamat beramal.

      Delete
  6. terima kasih ustazah di atas penjelasan mengenai najis ini. cukup jelas dan bergune untuk kita sama-sama manfaatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana membaca blog sayad dan diatas komen yang membina.

      Delete
  7. tahniah....perkongsian ilmu dalam menjalani kehidupan seharian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana turut membaca blog saya dan telah memberi komen yang membina

      Delete